More

    RTM dan Unifi TV ganti Astro sebagai penyiar rasmi Piala Dunia 2026

    Astro Malaysia secara rasmi tidak lagi menjadi penyiar utama Piala Dunia FIFA 2026 selepas lebih 20 tahun sebagai platform utama kejohanan bola sepak paling popular dunia di Malaysia. Sebaliknya, hak penyiaran rasmi kini diberikan kepada RTM dan Unifi TV dalam apa yang disifatkan sebagai antara perubahan terbesar landskap penyiaran sukan.

    Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dan menurut beliau, kejohanan tersebut akan disiarkan menerusi pelbagai platform bagi memastikan akses lebih meluas kepada rakyat Malaysia termasuk siaran percuma menerusi MyTV dan penstriman RTM Klik selain liputan penuh di Unifi TV.

    Unifi TV dijangka menyiarkan kesemua 104 perlawanan secara langsung manakala RTM pula akan menayangkan sebahagian besar aksi sama ada secara langsung atau siaran tertunda. Langkah itu dilihat memberi lebih banyak pilihan kepada peminat bola sepak tempatan khususnya mereka yang tidak melanggan televisyen satelit berbayar.

    Kerajaan turut memaklumkan bahawa acara tayangan awam di beberapa lokasi terpilih seluruh negara akan dianjurkan bagi memeriahkan suasana sepanjang kejohanan berlangsung. Dalam perkembangan sama, Astro memaklumkan pihaknya masih berbincang dengan pemegang hak siaran baharu untuk membawa beberapa perlawanan terpilih ke platform Astro, NJOI dan Sooka.

    Astro juga menjelaskan bidaan yang dikemukakan sebelum ini gagal memperoleh hak utama susulan perubahan pasaran semasa termasuk peningkatan kos hak penyiaran antarabangsa, isu cetak rompak dan penurunan nilai komersial siaran sukan langsung. Tambahnya, Piala Dunia edisi 2018 dan 2022 merupakan antara acara sukan paling banyak dicetak rompak di Malaysia sehingga memberi kesan besar terhadap nilai hak eksklusif penyiaran.

    Sementara itu, kerajaan dilaporkan memperuntukkan RM24 juta bagi mendapatkan hak siaran kejohanan tersebut dengan sokongan penajaan tambahan masih dalam proses dimuktamadkan. Pihak berkuasa juga dijangka memperketat penguatkuasaan anti-cetak rompak sepanjang kejohanan berlangsung susulan kebimbangan terhadap aktiviti penstriman haram yang semakin meningkat di Malaysia.

    Piala Dunia FIFA 2026 yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico bakal menjadi edisi terbesar dalam sejarah dengan penyertaan 48 pasukan serta 104 perlawanan keseluruhan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: RTM|Astro

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured