More

    Rupa bentuk Samsung Galaxy A33 5G tertiris, mungkin tiada bicu audio 3.5mm

    Siri telefon pintar Samsung Galaxy A merupakan antara siri yang paling terlaris dalam industri telefon, kerana harganya yang lebih berpatutan dan kepelbagaian varian luas yang sesuai untuk sebarang bajet. Kini rupa bentuk untuk salah satu telefon dalam siri tersebut, Samsung Galaxy A33 5G, telah pun tertiris.

    Menurut sumber, telefon tersebut terdiri daripada empat pilihan warna dan mempunyai rekaan mirip Samsung Galaxy A32 5G. Skrinnya adalah Infinity-U Super AMOLED berukuran 6.4 inci, manakala di belakang pula ia mempunyai empat kamera dalam sebuah bonggol kamera mirip Galaxy A32.

    Butang kuasa dan pengawal audio berada di bahagian sisi kanan, manakala di bawah pula terdapat port USB-C, mikrofon dan pembesar suara. Apa yang unik dalam reka bentuk ini adalah ketiadaan bicu audio 3.5mm, sesuatu yang terdapat dalam Galaxy A32 sebelum ini.

    Galaxy A33 mungkin mempunyai ketebalan 8.1mm (9.7mm jika digabungkan dengan bonggol kamera) dan ia dijangka akan dilancar pada Januari 2022. Ini adalah serupa dengan Galaxy A32 yang telah dilancar pada Januari 2021 sebelum ini.

    Perlu diingati bahawa ini bukanlah berita rasmi daripada Samsung. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A33 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91 Mobiles

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured