More

    Rupa bonggol kamera Redmi K40 tertiris, tampilkan rekaan baru dan dilengkapi empat lensa

    Siri Redmi K merupakan antara telefon pintar terlaris buat jenama Redmi, dan model seterusnya Redmi K40 pula mungkin bakal menjadi antara telefon terawal yang dilengkapi cipset Snapdragon 888. Kini maklumat terbaru untuk Redmi K40 adalah berkenaan beberapa gambar awal yang menunjukkan bonggol kamera di belakang telefon itu.

    Gambar-gambar tersebut telah dibocorkan dalam Twitter, menunjukkan susunan empat lensa pada bonggol kamera yang agak menarik dan sangat berbeza dengan Redmi K30. Ia terdiri daripada lensa utama yang berada di atas, dua lensa di bawahnya dan satu lagi lensa di bawah ketiga-tiga lensa tadi. Bonggol tersebut juga mempunyai gabungan tiga warna iaitu perak, hitam dan biru muda.

    Kamera swafoto pula sekadar lubang punch hole biasa di bahagian atas tengah skrin, berbeza dengan lubang berbentuk pil dalam skrin Redmi K30. Di bahagian bawah telefon pula, terdapat bicu audio 3.5mm, port USB-C dan pembesar suara.

    Redmi K40 dikhabarkan akan dilancar pada bulan ini, namun setakat ini tiada maklumat rasmi telah diberikan tentangnya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitter

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured