More

    Rupa dan harga Samsung Galaxy F52 5G didedahkan sebelum pelancaran rasmi

    Telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy F52 5G dijangka akan dilancar pada bulan ini, namun seorang pengguna Weibo di China telah pun berkongsi rupa telefon tersebut serta harganya sebelum pelancaran rasmi.

    Telefon itu mungkin akan dijual pada harga CNY2,000 (~RM1,282) di China, membuatkannya lebih murah daripada Samsung Galaxy A52 5G yang berharga CNY3,000 di China dan RM1,899 di Malaysia.

    Untuk rekaannya pula, Galaxy F52 5G mempunyai kamera swafoto dalam lubang punch hole yang berada di bahagian atas kanan, berlainan dengan kebanyak peranti Galaxy yang mempunyai kamera swafoto di bahagian tengah. Di belakang pula, ia mempunyai empat kamera yang berada di bahagian atas kiri.

    Badan pengiktirafan TENAA dari China sebelum ini telah pun menyenaraikan spesifikasi telefon ini, termasuklah cipset Snapdragon 750G kamera swafoto 16MP, kamera utama 64MP, skrin LCD Full HD+ 6.57 inci, RAM 8GB, storan dalaman 128GB, bateri 4,530mAh dan pengecasan pantas 25W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy F52 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured