More

    Rupa dan spesifikasi HUAWEI Mate40 Pro bocor, dilengkapi Kirin 9000 dengan cas pantas 66W

    HUAWEI bakal melancarkan generasi baru untuk siri Mate iaitu telefon siri Mate40 secara rasmi pada 22 Oktober ini. Kini, beberapa hari sebelum pelancaran, reka bentuk dan beberapa spesifikasinya telah muncul di atas talian.

    Sumber terbaru menunjukkan beberapa gambar mengenai antara muka peranti Mate40 Pro ini. Berdasarkan gambar ini, Mate40 Pro dilihat bakal hadir dengan cipset Kirin 9000. Selain itu juga, Mate40 Pro juga bakal hadir dengan antara muka EMUI 11 atas Android 10. Walaupun Google sudah melancarkan Android 11 tetapi ianya baru sahaja dibuka kepada awam. Ini bermakna HUAWEI mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menaik taraf ke perisian Anrdoid 11.

    Antara muka Mate 40 Pro yang tertiris

    Untuk spesifikasi yang lain pula, Mate40 Pro bakal hadir dengan skrin dengan resolusi 2772 x 1344, RAM 8GB dan storan 256GB. Ia juga akan hadir dengan kamera utama 50MP bersama lensa ultra lebar 20MP dan lensa telefoto 12MP. Ia dikatakan akan menyokong rakaman video 8K dan zum optikal 5x. Pada bahagian depan pula, ia akan menggunakan kamera 13MP dan sensor 3D.

    Mate40 Pro juga bakal menyokong Bluetooth 5.2, NFC dan Wi-Fi 6. Untuk bateri pula, ia mungkin dilengkapi dengan bateri 4,400mAh dengan pengecasan pantas 66W yang dapat mengecas penuh kurang dari 1 jam.

    Sumber juga ada menunjukkan gambaran reka bentuk telefon Mate 40 Pro ini. Ianya dilihat hadir dengan bulatan berjalur dengan tiga kamera pada bahagian belakang serta potongan bujur pada skrin hadapannya.

    Gambaran reka bentuk Mate 40 Pro

    Lihat artikel ini untuk berita lepas mengenai telefon siri HUAWEI Mate40.

    Adakah anda ternanti-nantikan peranti ini? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...