More

    Rupa dan spesifikasi OPPO A16 tertiris, datang dalam 3 warna

    OPPO bakal menghasilkan telefon terbaru dalam siri A iaitu OPPO A16 yang bakal menggantikan OPPO A15 yang dilancar pada tahun lepas. Kini pengkhabar berita teknologi Evan Blass telah berkongsi rupa telefon tersebut serta spesifikasi utamanya.

    Telefon tersebut akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan perang beige. Ia mempunyai tiga kamera di belakang, manakala di hadapan pula terdapat sebuah kamera swafoto yang berada dalam takuk (notch) di bahagian atas tengah skrin. Sebuah butang kuasa yang turut bertindak sebagai pengimbas cap jari boleh dilihat di bahagian sisi kanan.

    Menurut sumber, OPPO A16 juga akan dilengkapi cipset Helio G35, bateri 5,000mAh, pengecasan 10W RAM 4GB dan perisian ColorOS UI berdasarkan sistem operasi Android 11. Ia mungkin akan dilancarkan sebagai OPPO A37 dalam beberapa negara terpilih, namun setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentangnya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured