More

    Rupa LG Wing didedahkan, tampilkan rekaan dengan dua skrin yang boleh diputar

    Sebuah video telah menunjukkan telefon pintar LG Wing yang menampilkan rekaan skrin berkembar di mana satu skrin boleh diputar 90 darjah untuk menghasilkan bentuk ‘T’. Dalam video tersebut, sebuah skrin berada dalam kedudukan menegak manakala skrin kedua telah diputar 90 darjah kepada kedudukan mendatar.

    Telefon tersebut sedang membuka aplikasi perjalanan namun kedua-dua skrin tidak menunjukkan aplikasi yang sama. Skrin menegak menunjukkan peta GPS manakala skrin mendatar menunjukkan kawalan muzik dan panggilan telefon.

    Kedua-dua skrin tidak mempunyai takuk notch atau lubang punch hole, jadi ia mungkin dilengkapi kamera swafoto di bawah skrin. Ia dikhabarkan akan dilengkapi skrin utama 6.8 inci, skrin kedua 4 inci dan cipset Snapdragon 765.

    Kewujudan dua skrin ini tentu amat berguna untuk menggunakan dua aplikasi serentak. Kongsi pendapat anda tentang telefon unik ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured