More

    Rupa OnePlus 8T didedahkan, mungkin akan dilancarkan pada bulan ini

    Baru-baru ini, XDA-Developers telah memperoleh beberapa maklumat menarik tentang pratonton pembina (developer preview) versi Beta 4 untuk OxygenOS 11 ,terutamanya rupa telefon OnePlus 8T. Menurut gambar yang boleh didapati dalam aplikasi OnePlus Settings, ia diberi nama fail “oneplus 8t.webp” dan menunjukkan rupa depan telefon tersebut.

    Berdasarkan gambar itu, skrin OnePlus 8T tidak mempunyai lengkungan di tepi seperti dalam OnePlus 8, menjadikan permukaannya rata di seluruh telefon. Sempadan bezel juga telah dinipiskan di bahagian atas dan bawah skrin, manakala lubang punch hole untuk kamera swafoto berada di bahagian atas kiri skrin.

    Butiran lain yang dijumpai dalam Beta 4 termasuklah sokongan untuk rakaman video 8K dalam peranti OnePlus akan datang dan kad memori SD dalam peranti kelas pertengahan. Ini adalah perkara yang agak penting kerana kebanyakan telefon OnePlus tidak mempunyai ruang kad microSD.

    Jika pelancaran OnePlus 7T pada tahun lepas dijadikan kayu ukur, OnePlus 8T akan dilancarkan pada bulan ini. Ia dijangka akan mempunyai OxygenOS 11 yang berdasarkan Android 11 serta kamera utama 64MP. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured