More

    Rupa paras dan spesifikasi HONOR Magic3 muncul dalam talian, mungkin dilengkapi cipset SD888 Plus

    Baru-baru ini, HONOR mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar siri HONOR Magic3 pada 12 Ogos ini. Kini, sumber dalam talian menunjukkan beberapa spesifikasi utama peranti tersebut bersama imej panel belakangnya.

    Sumber memberitahu bahawa telefon pintar siri Magic3 terdiri daripada 3 model berbeza dengan nombor model ELZ-AN00, ELZ-AN10 dan ELZ-AN20. Tambahan dari itu, sumber juga menunjukkan rupa paras Magic3 yang dilihat menggunakan kamera kuad di bahagian belakangnya.

    Peranti siri ini dikhabarkan akan hadir dengan skrin ‘waterfall’ 6.76 inci OLED beresolusi 2772 x 1344 piksel dengan bucu yang melengkung. Skrinnya juga dikatakan akan menggunakan reka bentuk punch hole memanjang, menandakan kehadiran dua kamera swafoto.

    Yang menarik, HONOR Magic3 mungkin akan menjadi peranti pertama dunia dengan cipset Snapdragon 888 Plus, cipset versi ‘overclocked’ berbanding cipset Snapdragon 888. Model terendah siri ini dikatakan akan hadir dengan pengecas 66W, manakala model tertinggi dengan pengecas 100W dan pengecas wayarles 50W.

    Pada masa yang sama, terdapat sumber lain yang menunjukkan panel belakang HONOR Magic3 dengan penuh. Peranti ini dilihat menggunakan kamera utama 48MP dengan sensor 1/1.5 inci dan mampu zum sehingga 100x.

    Seperti yang diberitahu sebelum ini, telefon pintar siri HONOR Magic3 akan menyokong Google Mobile Services (GMS).

    Adakah anda berminat dengan HONOR Magic3 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...