More

    Rupa paras Nord 2 5G didedahkan oleh OnePlus, hampir sama dengan OnePlus 9

    Bulan lalu, imej janaan komputer untuk OnePlus Nord 2 telah tertiris dalam talian, kini ianya telah disahkan oleh OnePlus apabila mereka memuat naik sebuah gambar acahan di media sosialnya.

    Gambar tersebut menunjukkan panel belakangnya yang dilihat hampir sama seperti OnePlus 9. Ia mempunyai logo OnePlus di tengahnya dan modul kamera yang menempatkan tiga kamera. Salah satu dari kamera tersebut adalah kamera 50MP Sony IMX7666 dengan penstabilan imej optik (OIS).

    Namun begitu, OnePlus belum lagi tunjukkan bahagian hadapan peranti. Berdasarkan sumber lalu, ia akan hadir dengan skrin punch hole 6.43 inci AMOLED yang menyokong kadar segar semula 90Hz.

    Untuk spesifikasi lain, Nord 2 5G dijangka akan menggunakan cipset Mediatek Dimensity 1200 yang diubah suai (hadir dengan nama Dimensity 1200-AI). Ia juga akan dilengkapi perisian Android 11 bersama antara muka OxygenOS 11.3. Peranti ini telah disahkan akan menawarkan kemas kini Android 2 tahun dan sekuriti 3 tahun.

    Imej janaan OnePlus Nord 2 5G

    Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai OnePlus Nord 2 5G ini di acara pelancarannya pada 22 Julai ini.

    Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured