More

    Rupa POCO M3 Pro 5G didedahkan secara rasmi, serupa dengan gambar yang tertiris

    POCO telah mengesahkan rekaan fizikal untuk telefon pintar POCO M3 Pro 5G, di mana rekaannya sama dengan gambar yang telah tertiris pada minggu lepas. Ia mempunyai bonggol kamera yang berada di bahagian atas kiri dan seolah-olah mengambil inspirasi daripada bonggol kamera Samsung Galaxy S21.

    Bonggol kamera itu mempunyai permukaan yang berlainan dengan keseluruhan permukaan telefon, di mana bonggol kamera diwarnakan hitam untuk semua pilihan warna POCO M3 Pro 5G. Selain itu, terdapat juga logo POCO yang agak besar dan slogan “DESIGNED BY POCO” di bawahnya.

    POCO M3 Pro 5G dilengkapi tiga kamera namun butiran tentangnya masih tidak diketahui. Spesifikasi telefon ini dijangka akan terdiri daripada siri cipset Dimensity 700 5G, skrin FHD+ 90Hz, bateri 5,000mAh, pengecasan 18W dan kamera utama 48MP.

    Ia akan dilancar pada 19 Mei ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured