More

    Rupa realme X7 dipaparkan secara rasmi, tampilkan rekaan yang lain daripada lain

    realme akan melancarkan telefon flagship realme X7 pada 1 September ini, namun syarikat itu sudah pun menunjukkan rupa telefon pintar itu terlebih dahulu. Bahagian belakang realme X7 menampilkan rekaan yang lain daripada lain, di mana ia mempunyai corak tiga warna dan slogan realme yang tertera padanya, “Dare To Leap.”

    Gambar ini dikongsi oleh Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) realme Xu Qi Chase manakala Pengarah Rekaan realme Xianghai Sire menjelaskan bahawa rekaan ini melambangkan kepelbagaian budaya terutamanya budaya Barat. Selain itu, memandangkan penjenamaan realme ditujukan kepada golongan muda, Xianghai mengatakan mesej “Dare To Leap” bertujuan memotivasikan orang muda untuk bekerja keras dalam mencapai impian.

    Xianghai menjelaskan corak unik ini mengambil masa lapan bulan untuk dibangunkan dan 400 jam untuk mengekalkan warna tersebut (colour proofing) di samping beberapa proses pengilangan lain. Menurut beliau lagi, skema warna yang dinamakan Spectral Gradient ini adalah satu risiko yang masih tidak pasti akan diterima baik atau tidak.

    realme X7 dijangkakan akan dilengkapi skrin AMOLED 120Hz, pengecasan 125W, Snapdragon 865 dan empat kamera belakang. Kongsi pendapat anda tentang rekaan realme X7 di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured