More

    Rupa Samsung Galaxy Z Fold2 dipertontonkan secara teliti dalam sebuah video awal

    Walaupun Samsung telah mengumumkan Galaxy Z Fold2 secara ringkas dalam acara Galaxy Unpacked pada awal bulan ini, rupa dan cara penggunaan telefon lipat itu masih belum ditunjukkan dengan mendalam. Kini, seorang YouTuber di China telah mendapat unit awal telefon itu dan memuat naik sebuah video ulasan tentangnya.

    Antara perbezaan utama dengan Galaxy Fold pertama adalah pada skrin hadapan di mana skrinnya hampir memenuhi keseluruhan bahagian hadapan telefon tersebut.

    Salah satu ciri menarik dalam Galaxy Z Fold2 adalah skrin hadapannya boleh digunakan seperti cermin sewaktu mengambil selfie menggunakan kamera utama, jadi fungsi ini tentu amat dihargai oleh vlogger yang menggemari selfie bermutu tinggi.

    Untuk skrin utama pula, ia berukuran 7.6 inci iaitu 0.3 inci lebih besar daripada skrin Galaxy Fold. Selain itu, kamera swafoto yang berada di bahagian atas kanan skrin sebelah kanan telah menggantikan takuk notch besar dalam Galaxy Fold.

    Telefon ini turut menampilkan fungsi Flex Mode yang diperkenalkan dalam Galaxy Z Flip, di mana telefon ini boleh dilipat 90 darjah dan didirikan. Dalam mod ini, skrin kiri dan kanan akan menunjukkan imej berlainan untuk fungsi yang tersendiri dalam Flex Mode.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki Galaxy Z Fold2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: YouTube

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...