More

    Rupa Sony Xperia 5 II dibocorkan, mempunyai lensa ZEISS T* namun tiada sensor kedalaman 3D ToF

    Gambar yang menunjukkan rupa telefon pintar Sony Xperia 5 II telah pun dibocorkan dalam internet, di mana telefon itu mempunyai bentuk yang serupa dengan telefon flagship Sony Xperia 1 II. Kameranya masih mempunyai lensa yang dibuat dengan salutan (coating) ZEISS T*, namun ia tidak mempunyai sensor kedalaman 3D ToF (time-of-flight).

    Selain itu, terdapat juga sebuah butang shutter di bahagian kanan telefon khusus untuk mengambil gambar, seperti dalam Xperia 1 II. Gambar tersebut juga menunjukkan kewujudan bicu audio 3.5mm di bahagian atas telefon.

    Saiz skrinnya masih tidak diketahui, namun khabar sebelum ini mengatakan Sony akan menghasilkan skrin dalam jurang 5.6-5.8 inci. Memandangkan Xperia 5 sebelum ini dilancarkan dalam acara IFA (Internationale Funkausstellung) 2019 di Berlin, Jerman, Xperia 5 II mungkin akan dilancarkan pada IFA 2020 yang bakal berlangsung pada 3-5 September ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured