More

    Rusia, China rancang untuk bina reaktor nuklear di bulan pada 2033

    Rusia dan China sedang mempertimbangkan untuk meletakkan stesen janakuasa nuklear di bulan seawal 2033-2035 untuk tempoh 10 tahun akan datang. Tambahan, projek seumpama itu mampu menyokong pembinaan penempatan bulan suatu hari nanti.

    Cadangan untuk menggunakan panel solar ditolak kerana ia tidak akan dapat membekalkan tenaga elektrik yang mencukupi untuk menggerakkan penempatan melainkan menggunakan kuasa nuklear. Kerumitan penghantaran dan pemasangan loji kuasa di permukaan bulan akan diuruskan oleh robot untuk mengelakkan kehadiran manusia semasa peringkat awal.

    Rusia juga bakal membina kapal angkasa berkuasa nuklear untuk membawa kargo. Kapal pengangkutan angkasa yang bakal dibina adalah sangat besar yang akan mengangkut kargo besar dari satu orbit ke orbit yang lain. Kapal sedemikian boleh mengumpul objek untuk banyak projek lain.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured