More

    Rusia dan Ukraine menggunakan dron DJI untuk pentempuran

    Pembuat drone DJI telah diletakkan di tempat kejadian perang Rusia-Ukraine yang sedang berlangsung. Ini disebabkan oleh Moscow dan Kyiv telah menggunakan dron DJI dengan jumlah yang banyak dalam pertempuran tersebut. DJI menegaskan bahawa dronnya bukan untuk tujuan ketenteraan tetapi ia menjadi tumpuan dalam konflik yang berterusan malah tentera Amerika Syarikat (AS) juga menggunakan dron DJI dalam beberapa cara.

    Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhalio Fedorov meminta DJI untuk memotong sokongan kepada mesin perang Kremlin. Beliau mengatakan bahawa Rusia menggunakan produk DJI untuk mengemudi peluru berpandu mereka yang terus menyasarkan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak. Beliau turut bimbang mengenai AeroScope DJI yang merupakan alat pengesan dron dan Rusia menggunakannya untuk mengesan dron DJI Ukraine dari jarak sehingga 30 batu.

    Walaupun China tidak berapa komited terhadap krisis yang berlaky, syarikatnya mungkin boleh menghadapi kerugian kerana tidak melakukan usaha secukupnya untuk memastikan perang ditamatkan. Timbalan PM menghantar surat kepada CEO DJI Frank Wang menyeru DJI untuk menyekat dron di Ukraine yang tidak dibeli atau didaftarkan di negara itu. Ini untuk membantu menyekat pencerobohan Rusia ke Ukraine melalui dron DJI. Ukraine turut meminta DJI memberikan maklumat tambahan mengenai semua pesawat tanpa pemandu DJI.

    DJI mungkin telah mengambil beberapa tindakan yang menghalang rakyat Ukraine daripada menggunakan dronnya. Mereka perlu memastikan bahawa ia tidak menjadi alat untuk pencerobohan dan melakukan jenayah perang di dalam Ukraine.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina 

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured