More

    RUU Pekerja Gig bakal dibahas di Parlimen untuk lindungi lebih sejuta rakyat Malaysia

    Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dijangka dibentangkan di Parlimen seawal Ogos atau September ini, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Undang-undang yang bakal diperkenalkan itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan khusus untuk melindungi pekerja dalam industri ekonomi gig di Malaysia.

    Ia merupakan langkah penting untuk memperkenalkan kerangka perlindungan sosial kepada lebih 1.12 juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor ini. Berbeza dengan negara lain yang hanya meminda undang-undang sedia ada, Malaysia akan memperkenalkan akta baharu yang dikhususkan bagi sektor ini.

    Datuk Seri Zahid turut memaklumkan bahawa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berminat untuk mempelajari pendekatan Malaysia dalam merangka undang-undang tersebut. Rang undang-undang ini juga selaras dengan usaha kerajaan membina ekonomi masa depan yang adil dan inklusif.

    Dalam kenyataan berasingan, beliau mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) yang akan menjadi badan utama dalam menyelaras dan memantau sektor ini termasuk memastikan pematuhan industri dan dasar yang telus. SEGiM akan ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan penyelarasan dasar secara menyeluruh.

    Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pula akan kekal sebagai sekretariat teknikal bagi mengumpul input industri dan menyelaras sesi libat urus dengan Kementerian Sumber Manusia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured