More

    Ryt Bank dilancar di Malaysia sebagai bank pertama di dunia dikuasakan AI

    YTL Group dan Sea Limited hari ini melancarkan bank digital yang terbaru di Malaysia iaitu Ryt Bank. Selain menyediakan perkhidmatan perbankan secara digital sepenuhnya, ia merupakan bank pertama di dunia yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dan mampu menyediakan perkhidmatan yang unik untuk masyarakat Malaysia.

    Aplikasi bank ini boleh digunakan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin (tersedia menjelang September 2025), supaya ia boleh digunakan dalam bahasa yang mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat tempatan.

    AI unik untuk masyarakat Malaysia

    Ciri utama bank ini adalah Ryt AI yang dikuasakan oleh ILMU iaitu model bahasa besar pertama yang dibangunkan di Malaysia. Ia bukan sahaja boleh memahami bahasa baku, malah bahasa campuran atau bahasa pasar seperti Manglish bagi memudahkan pengguna berinteraksi dengannya.

    Selain mempunyai fungsi-fungsi perbankan asas seperti simpanan, faedah harian dan kredit segera, ia bercakap dalam bahasa harian yang mudah difahami untuk memudahkan pengurusan kewangan anda.

    Sebagai contoh, anda boleh menaip teks sahaja untuk mengirim wang, melakukan pemindahan DuitNow dan pembayaran bil dengan segera. Ia kemudian akan belajar daripada tabiat penggunaan anda untuk menyediakan pengalaman yang lebih intuitif, mesra dan mudah.

    Kadar faedah dan permohonan kredit

    Ia juga menyediakan kadar faedah sehingga 4% setahun yang akan dibayar ke akaun anda setiap hari, tanpa sebarang tempoh penguncian (lock-in period).

    Untuk permohonan kredit, anda boleh dapatkan kredit segera sehingga RM1,499 sebagai permulaan. Anda tidak perlu menyediakan dokumen untuk memohon dan tiada caj lewat akan dikenakan jika bayaran penuh dibuat dalam bulan pertama.

    Anda juga boleh nikmati pulangan tunai 1.2% untuk setiap pembayaran DuitNow QR, serta pulangan tunai 2X dengan rakan ekosistem terpilih seperti kedai Yes.

    "
    "

    Kad Visa untuk setiap pelanggan

    Bank ini turut menyediakan kad fizikal dengan sistem pembayaran Visa, dan kad ini boleh ditukarkan antara kad debit dan kad kredit. Selain penggunaan tempatan, ia turut boleh digunakan di luar negara tanpa sebarang caj transaksi serta menawarkan pulangan tunai tanpa had 1.2%.

    Dengan kad ini, anda boleh gunakannya untuk mengeluarkan duit di ATM seluruh negara tanpa sebarang caj pengeluaran. Anda juga boleh gunakannya untuk dapatkan baucar Shopee RM8 apabila anda berbelanja dengan kad Ryt, dapatkan 20% diskaun di restoran YTL Hotels dan banyak lagi.

    Keselamatan tinggi untuk anda

    Ryt Bank beroperasi dengan lesen rasmi di bawah Bank Negara Malaysia dan simpanan wang pengguna akan dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit.

    Ia mempunyai ciri keselamatan yang merangkumi log masuk biometrik, penyulitan berlaps dan amaran penipuan masa nyata.

    Ini merupakan bank digital yang terbaru dilancar untuk pasaran Malaysia, selepas GXBank, AEON Bank dan Boost Bank.

    Ryt Bank boleh dimuat turun daripada Apple App Store atau Google Play Store bermula hari ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured