More

    Saintis sahkan timun laut berpotensi cegah kanser, halang proses metastasis

    Minyak gamat yang sekian lama dikenali rakyat Malaysia sebagai penawar luka dan rawatan tradisional kini menarik perhatian dunia perubatan moden selepas penyelidik dari University of Mississippi mendapati ia berpotensi mencegah penyebaran kanser.

    Penemuan ini memberi nafas baharu kepada penggunaan bahan semula jadi dalam menangani penyakit kronik terutamanya kanser yang merupakan punca kematian ketiga tertinggi di Malaysia pada tahun 2022. Melalui kajian makmal, sebatian semula jadi yang dihasilkan oleh spesies timun laut Holothuria floridana mampu menghalang proses metastasis iaitu bagaimana sel kanser merebak ke bahagian lain dalam tubuh.

    Penyebaran ini berpunca daripada enzim bernama Sulf-2 yang mengubah struktur glikan iaitu struktur seakan rerambut halus yang menyaluti sel manusia. Glikan penting dalam komunikasi sel, tindak balas imun dan pengecaman ancaman seperti patogen. Apabila enzim Sulf-2 dimanipulasi oleh sel kanser, struktur glikan berubah lalu membantu sel kanser untuk merebak dengan lebih pantas.

    Namun, sebatian yang dipanggil Fucosylated Chondroitin Sulfate (FCS) yang dihasilkan oleh timun laut terbukti dalam ujian makmal dapat menghalang fungsi enzim Sulf-2, sekali gus menghentikan proses metastasis. Tambahan, FCS bukan sahaja menunjukkan keberkesanan, malah turut dikenal pasti sebagai bahan yang selamat digunakan dan lebih mudah dihasilkan berbanding kaedah sintetik moden.

    Walaubagaimanapun, penyelidikan masih berada di peringkat awal dan kekangan utama ketika ini adalah untuk memperoleh sebatian FCS dalam jumlah besar bagi membolehkan ujian klinikal ke atas haiwan dijalankan. Kajian lanjutan ini penting sebelum sebarang rawatan berasaskan timun laut boleh dikembangkan untuk kegunaan manusia.

    Minyak gamat kini bukan sekadar rawatan tradisional bagi penyakit kulit dan luka, tetapi berpotensi sebagai agen antipenyebaran kanser. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: University Mississippi

     

    Artikel Terkini

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured