More

    Saksikan sampel gambar yang diambil menggunakan HONOR X10 & HONOR 30 Pro+ di Gunung Everest

    Walaupun siri telefon pintar HONOR X10 masih belum dilancarkan, beberapa individu terpilih sudah pun diberikan telefon tersebut untuk mencubanya. Antara individu tersebut adalah Li Pu dan Cai Qing yang membawa telefon tersebut dalam satu ekspedisi kajian ke Gunung Everest.

    Menurut sebuah kiriman dalam Weibo, mereka mendaki ke Everest Advanced Base Camp pada altitud 6,500m dan mengambil banyak gambar pemandangan dan lembu yak menggunakan kamera HONOR X10 yang dilengkapi sensor Sony IMX600y khas dengan resolusi 40MP.

    Selain itu, mereka juga turut mengambil gambar menggunakan HONOR 30 Pro+ yang dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX700.

    Kedua-dua telefon tersebut akan dilengkapi teknologi 5G. HONOR X10 akan dilancarkan pada 20 Mei ini manakala HONOR 30 Pro+ sudah pun dilancarkan di China namun masih tiada butiran tentang keberadaannya di Malaysia.

    Apakah pendapat anda tentang gambar-gambar Everest ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured