More

    Saluran YouTube popular Linus Tech Tips digodam, siarkan video penipuan crypto

    Saluran YouTube popular, Linus Tech Tips telah digodam pagi ini. 15.3 juta pelanggan saluran itu melihat video penipuan crypto dan bukannya ulasan perkakasan teknologi.

    Saluran ini menunjukkan beberapa video langsung disiarkan sebelum penggodam mula membuat video peribadi lama secara terbuka. Akaun itu digantung mungkin kerana pekerja YouTube sedang berusaha memulihkannya. Saluran YouTube Kumpulan Linus Media yang lain termasuk Techquickie dan TechLinked juga telah digodam dan diberi nama baharu berfokuskan Tesla.

    Bagaimana saluran tersebut digodam masih menjadi tanda tanya. Namun, berdasarkan kenyataan yang disiarkan kepada Floatplane, syarikat itu sedang mengusahakannya dengan Google untuk meningkatkan keselamatan akaun YouTube dan menghalang perkara seperti ini daripada berlaku kepada sesiapa sahaja pada masa hadapan.

    Penipuan ini telah berlaku selama berbulan-bulan dan seorang YouTuber mendakwa mereka bekerja melalui penaja palsu yang menghubungi pencipta untuk memuat turun fail yang berkaitan dengan tajaan sedangkan ia direka untuk mencuri cookies, mengawal PC dari jauh dan akhirnya merampas akaun YouTube.

    Dengan ini diharapkan YouTube mempunyai beberapa idea untuk mengawal akaun YouTube pengguna daripada digodam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured