More

    Saman JPJ dan PDRM bakal diintegrasi dalam satu pangkalan data mulai tahun ini

    Semua saman daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditetapkan untuk diintegrasikan ke dalam satu sistem pangkalan data mulai tahun ini. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak mengatakan inisiatif ini akan membolehkan sistem saman yang dikeluarkan oleh kedua-dua agensi itu lebih berkesan daripada segi penguatkuasaan.

    Menurut laman web rasmi PDRM, sistem bersepadu itu juga akan memudahkan penguatkuasaan Sistem Mata Demerit Kesalahan Lalu Lintas (KEJARA). Isham Ishak menjelaskan bahawa mulai tahun ini, sekiranya seseorang individu itu diberikan saman sama ada oleh PDRM atau JPJ, maklumat itu direkodkan dengan lebih cepat kerana ia tidak lagi dimasukkan secara manual.

    Pangkalan data bersepadu membolehkan pihak berkuasa dengan mudah menguatkuasakan tindakan terhadap individu yang melakukan kesalahan lalu lintas dan mempunyai mata demerit berdepan tindakan apabila memperbaharui lesen atau cukai jalan mereka. Ini boleh dilakukan dengan mengakses status saman pesalah melalui pangkalan data bersepadu.

    Apa pendapat anda tentang inisiatif daripada PDRM dan JPJ ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: PDRM

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured