More

    Sambut tahun baru 2022 dengan diskaun sehingga 60% untuk komputer riba AMD Ryzen™️!

    Pejam celik, kita sudah pun berada di akhir tahun 2021 manakala 2022 pula bakal menemui kita dalam masa beberapa hari lagi. Dengan fasa baru dalam kehidupan ini, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menaik taraf komputer sedia ada agar anda boleh melakukan pelbagai tugas komputer dengan lebih lancar pada tahun hadapan.

    Jika anda merancang untuk menyambut kedatangan 2022 dengan mendapatkan komputer riba baharu, anda bernasib baik kerana Notebook Plaza akan menganjurkan kempen promosi Notebook Plaza 11th Year Anniversary IT Fair pada 5 hingga 7 Januari 2022. Dalam promosi istimewa ini, pelbagai jenama komputer riba akan dijual dengan diskaun sehingga 60% untuk harga yang sangat berpatutan.

    Komputer-komputer yang dijual pada harga promosi ini dilengkapi cipset AMD Ryzen™️ untuk prestasi yang pantas untuk setiap kegunaan, daripada tugas produktiviti hinggalah bermain game. Ia juga menawarkan kualiti yang bagus untuk panggilan video serta prestasi perisian (software) untuk bekerja dari rumah.

    Selain itu, pemproses AMD Ryzen™️ ini mampu menawarkan hayat bateri yang panjang tanpa perlu mengorbankan prestasi komputer riba. Anda akan ditawarkan dengan pelbagai varian, daripada siri AMD Ryzen™️ 3 untuk prestasi pantas dalam kegunaan komputer harian, sehinggalah siri AMD Ryzen™️ 9 untuk prestasi terbaik dalam tugasan berat seperti bermain game atau menyunting multimedia.

    Para pelanggan akan ditawarkan dengan baucar bernilai RM200, manakala mereka yang berbelanja RM999 ke atas akan menikmati penghantaran secara percuma.

    Notebook Plaza juga menganjurkan pertandingan Beli & Menang (Buy & Win Contest) di mana dengan pembelian sekurang-kurangnya RM300 dalam satu resit, anda berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi salah satu daripada lebih 100 jenis hadiah! Selain itu, Notebook Plaza akan menjemput pelawak terkenal Douglas Lim untuk satu penampilan khas bagi memeriahkan lagi promosi komputer riba ini.

    Berikut adalah antara model komputer menarik yang dijual dalam promosi Notebook Plaza:

    Acer Nitro 5 (AN515-45-R5PP)

    • Cipset AMD Ryzen™️ 7 5800H
    • Skrin Full HD 15.6 inci
    • GPU NVIDIA GeForce RTX 3050Ti 4GB
    • RAM 8GB, storan SSD 512GB
    • Sistem operasi Windows 11
    • Harga promosi: RM5,199 (harga asal RM5,299)
    • Percuma tetikus gaming Predator Cestus 330

    Acer Swift 3 (SF314-43-R7TH)

    • Cipset AMD Ryzen™️ 7 5700U
    • Skrin Full HD 14 inci
    • GPU ATI
    • RAM 16GB, storan SSD 512GB
    • Sistem operasi Windows 10
    • Disediakan bersama Office Home & Student 2019
    • Harga promosi: RM3,649 (harga asal RM3,999)
    • Percuma Sleeve Case (ZC.A01SM.01X)

    ASUS VivoBook Pro 15 OLED (M3500Q-CL1185TS)

    • Cipset AMD Ryzen™️ 5 5600H
    • GPU NVIDIA GeForce RTX 3050Ti 4GB Max-Q
    • RAM 8GB, storan SSD 512GB
    • Sistem operasi Windows 10
    • Disediakan bersama Office Home & Student 2019
    • Harga promosi: RM3,999 (harga asal RM4,399)

    ASUS GA401Q-ECK2081TS

    • Cipset AMD Ryzen™️ 9 5900HS
    • GPU NVIDIA GeForce RTX 3050Ti Max-Q (Gaming Hero)
    • RAM 16GB, storan SSD 1TB
    • Skrin 14 inci WQHD 16:9
    • Harga promosi: RM7,499 (harga asal RM7,999)

    MSI Modern 14 B5M-072

    • Cipset AMD Ryzen™️ 5 5500U
    • Skrin Full HD 14 inci
    • GPU ATI
    • RAM 8GB, storan SSD 256GB
    • Sistem operasi Windows 11
    • Harga promosi: RM2,599 (harga asal RM2,699)

    MSI Delta 15 A5EFK-059

    • Cipset AMD Ryzen™️ 7 5800H
    • Skrin Full HD 15.6 inci
    • GPU AMD RX6700M 10GB
    • RAM 16GB, storan SSD 1TB
    • Sistem operasi Windows 11
    • Harga promosi: RM6,999 (harga asal RM7,499)
    • Percuma patung lembut Thunder Bird

    Layari laman web Notebook Plaza atau Lazada untuk maklumat lanjut tentang komputer riba AMD Ryzen™️ di atas dan pelbagai lagi komputer yang dijual pada harga istimewa. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli komputer dalam promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HUAWEI Band 7 – Apa yang best kali ni?

    Jom kita tengok fungsi-fungsi menarik yang ada pada gelang tangan pintar terbaharu daripada HUAWEI Malaysia iaitu HUAWEI Band 7:

    Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 mungkin akan dilancar pada 14 November 2022

    Qualcomm telah mengumumkan tarikh untuk temasya Snapdragon Summit 2022 iaitu pada 14 hingga 17 November 2022. Memandangkan Qualcomm selalunya memperkenalkan cipset telefon...

    Siri iQOO 10 mungkin telefon pintar pertama tampilkan cipset Dimensity 9000+

    Sebelum ini, laporan mengatakan siri iQOO 10 ini mungkin menjadi peranti yang pertama dengan pengecasan pantas 200W. Kini, laporan baharu mendakwa barisan...

    Samsung lancarkan sensor kamera ISOCELL HP3 200MP dengan saiz piksel terkecil di dunia

    Samsung memperkenalkan sensor kamera terbaharu untuk telefon pintar iaitu 200MP ISOCELL HP3, di mana saiz pikselnya yang berukuran 0.56 mikrometer (μm) adalah...

    Razer lancarkan siri Ornata V3 di Malaysia: Papan kekunci “gaming” nipis berharga RM195

    Hari ini, Razer melancarkan papan kekunci permainan Ornata V3 generasi ketiga dan terdapat satu lagi varian iaitu Ornata V3 X. Ia...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured