More

    Samsung 9100 PRO Series dilancar di Malaysia: Storan SSD PCIe® 5.0 NVMe™ SSD bermula RM4,239

    Samsung Malaysia hari ini melancarkan storan SSD komputer terbesar yang ditawarkan oleh syarikat tersebut iaitu Samsung 9100 PRO 8TB PCIe® 5.0 NVMe™. Dibina berdasarkan varian 1TB, 2TB dan 4TB, varian 8GB ini mempunyai kelajuan baca sehingga 14,800 MB/s dan kelajuan tulis sehingga 13,400 MB/s bagi menyediakan prestasi yang tinggi untuk komputer anda.

    Ia dikuasakan oleh V-NAND generasi ke-8 oleh Samsung dan controller Presto. Ia boleh mencapai kelajuan random read sehingga 2,200K IOPS dan random write sehingga 2,600K IOPS iaitu dua kali ganda lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya (990 PRO).

    Daripada segi penggunaan tenaga, 9100 PRO 8TB mempunyai kecekapan sehingga 49% lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya, hasil daripada controller 5nm dan firmware yang dioptimakan.

    Untuk mereka yang menjangkakan penjanaan haba yang tinggi pada SSD ini, ia turut ditawarkan dalam varian yang dipasangkan dengan heatsink bagi melesapkan haba dengan lebih cepat. Ia boleh dipasangkan dalam konsol Sony PlayStation 5.

    Storan ini disokong oleh perisian Samsung Magician yang memudahkan pemindahan data, semakan kesihatan pemacu, perlindungan data dan kemas kini firmware.

    Samsung 9100 PRO 8TB akan dijual di Malaysia pada harga RM4,239, manakala versi heatsink pula dijual pada harga RM4,269.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan SSD ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...