More

    Samsung akan anjurkan sebuah lagi acara pelancaran produk selepas Galaxy Unpacked

    Selepas Samsung akan menganjurkan acara Galaxy Unpacked pada 5 Ogos ini, syarikat teknologi Korea Selatan itu akan menganjurkan sebuah lagi acara pada bulan 2 September, jam 4:00 petang waktu Malaysia.

    Acara tersebut yang dinamakan Life Unstoppable bakal menampilkan inovasi terbaru dalam telefon pintar, peranti boleh pakai, televisyen, audio dan kelengkapan rumah. Ia akan dipersembahkan secara maya (virtual) selama 45 minit.

    Acara ini bagi menggantikan ketiadaan Samsung dalam acara Internationale Funkausstellung (IFA) 2020 yang dijadualkan pada 3 hingga 5 September di Berlin, Jerman. Samsung telah menjadi peserta tetap dalam acara tersebut sejak 1991 namun pandemik COVID-19 memaksa syarikat itu untuk menganjurkan acara mereka sendiri.

    Apakah agaknya yang akan dibentangkan dalam Life Unstoppable ini? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Press Release

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...