More

    Samsung akan guna GPU AMD RDNA2 untuk perantinya seawal hujung 2021!

    Pada awal tahun ini, Samsung telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan cipset Exynos generasi baru yang menggunakan GPU dari AMD. Namun, mereka tidak memberitahu sebarang butiran lanjut mengenainya. Terbaru, di acara Computex 2021 Keynote, AMD telah menunjukkan lebih banyak butiran mengenai cipset baru ini.

    CEO AMD, Dr. Lisa Su mengesahkan bahawa GPU yang bakal digabungkan dengan generasi baru cipset Exynos ini akan berasaskan seni bina RDNA2. Ini menandakan kehadiran GPU AMD ke platform mudah alih buat kali pertama. GPU AMD ini akan membawakan ciri-ciri istimewa seperti pelacakan sinar (ray tracing) dan pembayang kadar berubah (variable rate shading). Pada masa yang sama, ia dikatakan akan menawarkan kecekapan kuasa yang lebih baik.

    Jika anda tidak tahu, RDNA2 adalah seni bina yang terbaru dari AMD dan ianya telah digunakan oleh GPU AMD Radeon siri 6000 baru dan juga oleh konsol PlayStation 5 dan Xbox Series S/X.

    Sebelum ini, cipset Exynos dari Samsung sering kali dikaitkan dengan prestasi GPU yang agak lemah jika dibandingkan dengan pesaingnya. Namun, dengan kerjasama AMD, ia akan menjadi cipset dengan kebolehan grafik yang berkuasa tinggi.

    Cipset Exynos dengan GPU AMD dikhabarkan akan menggunakan nama Exynos 2200. Ia akan digunakan oleh telefon pintar andalan dan komputer riba Samsung seawal hujung tahun ini.

    Adakah anda gembira dengan berita ini? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...