More

    Samsung akan hasilkan lebih banyak peranti dengan teknologi cahaya LED ultra-ungu untuk bunuh kuman

    Pada tahun ini, Samsung Electronics telah memperkenalkan alat pembasmi kuman ultra-ungu (ultraviolet steriliser) yang boleh digunakan untuk mencuci telefon dan gajet-gajet kecil. Kini nampaknya Samsung akan menghasilkan lebih banyak produk dengan teknologi serupa pada tahun depan.

    Ini sudah tentunya bagi membantu pelanggan untuk mengekalkan kebersihan sewaktu pandemik COVID-19 yang masih belum nampak hujungnya. Teknologi UV LED mengeluarkan cahaya ultra-ungu yang efektif untuk membunuh kuman dan bakteria jadi ia pasti akan disambut dengan baik oleh para pelanggan.

    Sewaktu artikel ditulis, teknologi UV LED ini hanya terdapat dalam beberapa produk Samsung terpilih yang mahal seperti peti sejuk Bespoke. Pada tahun depan, Samsung merancang untuk memperkenalkan teknologi ini dalam lebih banyak peti sejuk, ketuhar mikro, penghawa dingin, pembasuh baju, pengering baju, pembersih udara dan lain-lain perkakas elektronik di rumah.

    Adakah anda berminat untuk memiliki alat-alat elektronik dengan teknologi UV LED dalam rumah? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Elec

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured