More

    Samsung akan lancarkan Galaxy M02 pada 2 Februari dengan harga ~RM387

    Samsung akan melancarkan telefon kelas permulaan Samsung Galaxy M02 di India pada 2 Februari dengan harga INR7,000 (~RM387). Galaxy M02 adalah telefon yang lebih rendah berbanding Galaxy M02s yang baru dilancar pada awal bulan ini.

    Daripada segi spesifikasi, telefon ini dijangka akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 450, RAM 3GB, skrin Infinity-V 6.5 inci dengan resolusi HD+ dan bateri besar 5,000mAh. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 13MP+2MP dan kamera swafoto 5MP.

    Galaxy M02 mungkin merupakan penjenamaan semula untuk Galaxy A02 yang dilancar di Thailand semalam. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaan Galaxy M02 atau Galaxy A02 di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechRadar

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured