More

    Samsung akan lancarkan lebih banyak telefon 5G kelas permulaan pada 2021

    Media Korea melaporkan bahawa selepas pelancaran Samsung Galaxy S21, Samsung akan menghasilkan lebih banyak telefon kelas pertengahan atau permulaan yang menyokong rangkaian 5G. Antara telefon yang mungkin tergolong dalam kategori itu adalah Samsung Galaxy A32, A52 dan A72.

    Buat masa ini, telefon 5G Samsung yang termurah adalah Galaxy A42 (RM1,599). Baru-baru ini, Galaxy A32 telah pun mendapat kelulusan Federal Communications Commission (FCC) dan ujian penanda arasnya telah dikenal pasti dalam GeekBench.

    Galaxy A32 yang diramal akan dilengkapi skrin 6.5 inci dan cipset Dimensity 720 itu dijangka akan dijual pada harga KRâ‚©400,000 (~RM1,473). Telefon 5G kelas pertengahan lain yang mungkin dilancar pada tahun depan adalah Galaxy A52 yang dijangka berharga KRâ‚©500,000 (~RM1,840) dan Galaxy A72 yang dijangka berharga KRâ‚©600,000 (~RM2,209).

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured