More

    Samsung akan lancarkan siri Galaxy S21 pada 14 Januari

    Samsung telah pun mengesahkan tarikh untuk acara Samsung Galaxy Unpacked yang pertama pada tahun ini iaitu 14 Januari dan besar kemungkinan mereka akan melancarkan telefon andalan terbaru, Samsung Galaxy S21, dalam acara tersebut. Ia akan dianjurkan secara digital di laman web Samsung pada Khamis, 14 Januari jam 11:00 malam waktu Malaysia.

    Buat mereka yang berminat untuk menontonnya, anda boleh mendaftarkan diri di laman web Samsung Unpacked dan anda akan layak mendapatkan Galaxy Fit2 secara percuma apabila anda membuat pra-pesanan untuk siri telefon Galaxy terbaru.

    Maklumat awal tentang siri Galaxy S21 telah pun dilaporkan secara meluas, di mana ia mungkin terdiri daripada Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S20 Ultra. Antara spesifikasi utama yang dijangkakan adalah cipset Exynos 2100 atau Snapdragon 888, skrin Dynamic AMOLED 6.2, 6.7 dan 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 4,000mAh, 4,800mAh dan 5,000mAh serta sokongan 5G.

    Di samping itu, siri Galaxy S21 juga dikhabarkan akan menjadi Galaxy S pertama yang menyokong penggunaan stilus S Pen, namun masih tidak pasti jika ia akan disertakan dalam telefon tersebut seperti siri Galaxy Note.

    Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan Galaxy S21 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured