More

    Samsung akan tamatkan S Voice dalam semua perantinya bermula 1 Jun

    Menurut laporan daripada SamMobile, sistem pembantu suara oleh Samsung yang dilengkapi dalam telefon pintar Galaxy dan peranti boleh pakai, S Voice, akan ditamatkan perkhidmatannya pada 1 Jun ini. S Voice merupakan sistem pembantu suara yang diperkenalkan pada 2012 dalam Samsung Galaxy S III, tetapi gagal mendapat sambutan.

    Dalam siri flagship Galaxy S, S Voice telah digantikan dengan Bixby bermula Galaxy S8. Pada masa ini, S Voice dikekalkan dalam model Galaxy yang lebih rendah dan peranti boleh pakai seperti Galaxy Watch dan Galaxy Active, namun S Voice akan digantikan dengan Bixby bermula 1 Jun.

    Walaupun begitu, Bixby juga gagal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna sejak pengenalannya pada 2017. Butang khas Bixby yang terdapat dalam Galaxy S8, S9 dan S10 tidak lagi terdapat dalam Galaxy S20.

    Memandangkan S Voice akan ditamatkan secara rasmi, adakah Bixby juga akan menerima nasib yang sama pada tahun-tahun mendatang? Beritahu pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sam Mobile

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...