More

    Samsung: Akaun pengguna yang tidak aktif selama 24 bulan akan dipadam bermula 31 Julai ini

    Samsung mengumumkan bahawa semua akaun pengguna yang tidak aktif selama tempoh 24 bulan akan dipadam secara automatik bermula 31 Julai 2025. Langkah ini dilaksanakan bagi mengurangkan jumlah akaun tidak aktif serta memperkukuh tahap keselamatan data pengguna.

    Menurut kenyataan rasmi, akaun yang terjejas adalah akaun yang tidak pernah digunakan untuk log masuk atau mengakses mana-mana perkhidmatan Samsung seperti Galaxy Store, Samsung Health dan Galaxy Wearables sejak dua tahun lalu. Sebaik sahaja proses pemadaman dilakukan, pengguna tidak lagi boleh memulihkan akaun atau mana-mana data yang berkaitan.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kategori akaun yang tidak akan terkesan oleh dasar ini. Antaranya ialah akaun yang digunakan untuk pembelian di laman rasmi Samsung, akaun keluarga yang didaftarkan secara sah dan akaun yang aktif dalam aktiviti mata ganjaran.

    Bagi pengguna yang ingin mengekalkan akaun mereka, Samsung menasihatkan agar log masuk ke akaun sebelum 31 Julai atau menggunakan mana-mana perkhidmatan yang memerlukan pengesahan akaun. Pengguna juga disaran memastikan alamat e-mel yang didaftarkan masih aktif untuk menerima sebarang notifikasi rasmi daripada pihak Samsung.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sammobile

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured