More

    Samsung ambil bahagian hasilkan cipset 5nm Snapdragon 875, Snapdragon 735G

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai TSMC yang mungkin telah mula menghasilkan cipset 5nm terbaru Snapdragon 875. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan bahawa Samsung mungkin mengambil bahagian dalam penghasilan cipset 5nm ini.

    Cipset Snapdragon 875 mungkin bakal menggunakan proses EUV 5nm oleh Samsung. Bukan setakat Snapdragon 875, Snapdragon 735G juga bakal dihasilkan oleh proses EUV 5nm Samsung. Memandangkan proses 5nm menghasilkan cip yang lebih kecil, prestasinya juga bakal dinaik taraf sebanyak 20%.

    Cipset Snapdragon 875 dilaporkan bakal hadir dengan teras CPU Kryo 685, GPU Adreno 660, VPU Adreno 665, DPU Adreno 1095, WiFi ax dengan 2×2 MIMO dan banyak lagi. Apa pun, spesifikasi ini hanyalah sebuah jangkaan sahaja.

    Samsung Galaxy S20 Ultra

    Setakat ini, masih tiada desas-desus mengenai peranti yang bakal dihuni Snapdragon 875G, namun anda pasti boleh menjangkakannya sendiri. Samsung Galaxy S21 berkemungkinan bakal dihuni cipset ini.

    Peranti manakah yang bakal dihuni cipset Snapdragon 875 dan Snapdragon 735G? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SAMMOBILE

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured