More

    Samsung angkat Galaxy AI ke tahap baharu dengan Galaxy Z Fold7 dan Flip7

    Samsung sekali lagi mengubah landskap telefon pintar dengan memperkenalkan Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 yang bukan sekadar membawa reka bentuk boleh lipat lebih matang, tetapi kini tampil sebagai platform utama untuk menyatukan pengalaman Galaxy AI.

    Bagi menjelaskan visi Samsung tentang AI yang intuitif, lancar dan berpusat kepada manusia, Matthew Ng, Ketua Perniagaan Mobile eXperience Samsung Malaysia Electronics, berkongsi pandangan di sebalik pengalaman Galaxy AI.

    Apa perbezaan pengalaman Galaxy AI berbanding jenama lain?

    Matthew menjelaskan bahawa Galaxy AI bukan satu set fungsi semata-mata, sebaliknya satu falsafah. Beliau percaya AI adalah UI baharu dan ia perlu wujud secara senyap serta semula jadi yang membantu dari belakang tabir supaya pengguna boleh fokus pada perkara yang lebih penting.

    Kerjasama rapat Samsung dengan Google menjadikan integrasi ini lebih kukuh. Gemini kini tersedia hingga ke tahap perkakasan dengan alat seperti Circle to Search atau akses pantas melalui butang sisi. Ia bukan lagi aplikasi asing yang berdiri sendiri, tetapi sebahagian daripada cara pengguna merakam, mencipta dan berhubung merentas seluruh ekosistem Galaxy.

    Kreativiti dan produktiviti dalam genggaman

    Di Malaysia, ciri Photo Assist, Transcript Assist dan Writing Assist mendapat sambutan positif. Fungsi yang dahulu memerlukan komputer berkuasa tinggi kini boleh dilakukan terus dari peranti lipat. Gemini Live muncul sebagai kegemaran pengguna kerana mampu menyelaraskan jadual, kalendar dan kemas kini penting secara automatik.

    Pada Galaxy Z Flip7, kelebihan utama ialah kemudahan paparan FlexWindow baharu dan sokongan Gemini Live penuh menjadikannya teman setia bagi mereka yang sentiasa bergerak. Dengan One UI 8 berasaskan Android 16, AI multimodal kini diintegrasi pada setiap lapisan pengalaman. Matlamatnya mudah, menjadikan setiap tindakan lebih mudah, lebih peribadi dan lebih bersambung antara telefon, tablet atau peranti lipat Galaxy.

    Flip7 vs Fold7: Dua gaya, satu matlamat

    Bagi Samsung, telefon lipat bukan sekadar pameran teknologi, tetapi kanvas untuk pengalaman peribadi. Walaupun Z Flip7 dan Z Fold7 berkongsi asas perkakasan, perisian dan AI yang sama, setiap satunya dioptimumkan untuk keperluan pengguna berbeza. Samsung mendakwa pengguna Galaxy Z menggunakan ciri Galaxy AI sebanyak 74% daripada masa penggunaan peranti.

    Ini dilihat sebagai tanda faktor bentuk lipat membuka lebih banyak peluang untuk menyesuaikan AI dengan gaya hidup berbeza. Contohnya, Galaxy Z Flip7 menawarkan pengalaman padat dan ekspresif yang mudah digunakan dengan sebelah tangan, spontan dan kini lebih praktikal dengan FlexWindow lebih besar yang menampilkan Now Bar serta Now Brief.

    "
    "

    Sementara itu, Galaxy Z Fold7 dicipta untuk produktiviti tahap tinggi. Paparan luas membolehkan pengguna melakukan penyelidikan dalam mod Split View yang merujuk banyak sumber serentak dan mengekalkan aliran kerja dengan sokongan Gemini serta Circle to Search.

    Bagaimana Galaxy AI dilihat sebagai teman AI sebenar?

    Samsung mahu Galaxy AI dirasakan seperti teman sejati yang hadir bila diperlukan, tetapi tidak mengganggu. Pada Z Flip7, AI menjadikan skrin penutup sebagai papan pemuka pintar yang memaparkan maklumat penting dalam bentuk ringkas.

    Pada Z Fold7 pula, setiap kali dibuka, seluruh keupayaan Galaxy AI turut terbuka daripada Writing Assist, Drawing Assist, Split Screen workflows hingga Gemini Live. Fungsi inilah yang menjadikan AI lebih daripada sekadar alat kerana ia membantu, menyesuaikan diri dan menyokong cara pengguna bekerja serta berkarya.

    Adakah ini visi lengkap Samsung untuk Galaxy AI rentas peranti?

    Samsung menegaskan bahawa perjalanan AI ini baru bermula. Walaupun Galaxy AI hari ini sudah matang dan sedia digunakan, mereka akan terus berinovasi untuk membentuk kemungkinan baharu seiring dengan perubahan teknologi serta keperluan pengguna.

    Menariknya, Samsung menjanjikan tujuh tahun kemas kini perisian dan keselamatan yang menjadikan Galaxy AI dan One UI 8 sebagai pilihan pengguna kerana boleh menggunakannya untuk jangka panjang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured