More

    Samsung atasi Intel untuk jadi pengeluar cip terbesar dunia pada 2024

    Firma penyelidikan dan perundingan teknologi Amerika, Gartner, baru-baru ini menerbitkan data industri semikonduktor global bagi tahun 2024 yang mendedahkan bahawa Samsung Electronics telah merampas semula kedudukan teratas daripada Intel sebagai pengeluar cip terbesar di dunia.

    Gergasi teknologi dari Korea Selatan itu mencatatkan pendapatan luar biasa sebanyak USD66.5 bilion pada tahun 2024 yang menguasai 10.6% daripada pasaran semikonduktor global. Pencapaian ini menandakan pertumbuhan tahunan sebanyak 62.5% berbanding tahun 2023.

    Sementara itu, Intel menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak USD49.18 bilion bersamaan dengan pegangan pasaran 7.9%. Tiga lagi syarikat yang melengkapkan senarai lima teratas adalah Nvidia dengan 7.3% pegangan pasaran, SK Hynix (6.8%) dan Qualcomm (5.2%).

    Secara keseluruhan, jumlah pendapatan industri semikonduktor global pada tahun lalu mencecah USD626 bilion, meningkat sebanyak 18.1% berbanding tahun 2023. Pemproses GPU dan AI yang digunakan dalam aplikasi pusat data seperti pelayan (server) dan kad pemecut merupakan pemacu utama pertumbuhan sektor cip pada tahun 2024.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gartner

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured