More

    Samsung benarkan pengguna Galaxy baiki peranti mereka sendiri

    Samsung mengumumkan program baharu yang membolehkan pemilik Samsung Galaxy andalannya membaiki produk mereka sendiri atau menghantar peranti ke syarikat pihak ketiga yang mempunyai akses alat ganti tulen, alat pembaikan dan panduan pembaikan. Seperti yang anda ketahui sebelum ini, pengguna Samsung (SSNLF) hanya bergantung pada perkhidmatan pembaikan dalaman syarikat untuk membaiki peranti.

    Program ini akan bermula pada pertengahan tahun ini kepada pengguna Galaxy S20, S21 dan Galaxy Tab S7+. Namun, pembaikan ini tidak ditawarkan kepada pengguna Galaxy S22. Samsung bekerjasama dengan iFixit, komuniti pembaikan dalam talian yang bekerjasama dengan Motorola dalam program pembaikan peranti.

    Samsung dan Apple pernah dikritik kerana menyukarkan perniagaan pembaikan bebas untuk mengakses peranti. Kedua-dua syarikat tersebut bahawa ini dilakukan untuk memastikan produk dibaiki dengan betul melalui perkhidmatan pembaikan yang dibenarkan.

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Biden menggesa Federal Trade Commission menetapkan peraturan yang menghalang pengeluar daripada mengenakan sekatan ke atas kedai pembaikan peranti bebas dan pembaikan DIY sebagai “hak untuk membaiki.” Seminggu kemudian, FTC pula mengatakan sekatan pembaikan haram ke atas pelbagai produk tidak dibenarkan termasuk telefon. 

    Program ini memberi pelanggan lebih kawalan ke atas cara peranti mereka dibaiki. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: CNN

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured