More

    Samsung berjaya demonstrasi teknologi 6G baharu dengan kelajuan mencecah 3Gbps

    Samsung Electronics mengumumkan kejayaan dalam pembangunan rangkaian 6G selepas berjaya mengesahkan teknologi eXtreme multiple-input multiple-output (X-MIMO) dalam jalur 7GHz melalui kerjasama dengan KT Corporation dan Keysight Technologies.

    Pengesahan tersebut dilakukan melalui ujian lapangan luar di pusat R&D Samsung di Seoul dengan demonstrasi kelajuan muat turun puncak sehingga 3Gbps menggunakan teknologi X-MIMO dalam jalur 7GHz yang kini dianggap sebagai calon utama spektrum untuk rangkaian 6G masa hadapan.

    Teknologi X-MIMO berasaskan antena berketumpatan ultra tinggi yang mengintegrasikan lebih banyak elemen antena dalam saiz peralatan yang hampir sama membantu meningkatkan kecekapan spektrum dan kadar penghantaran data.

    Sistem ini menggunakan kira-kira empat kali ganda jumlah antena berbanding rangkaian 5G sedia ada dan mampu menghantar berbilang aliran data serentak daripada stesen pangkalan kepada peranti pengguna. Jalur 7GHz dilihat sebagai kompromi optimum antara liputan dan kapasiti kerana menawarkan lebar jalur lebih tinggi berbanding spektrum 5G 3.5GHz, namun masih mengekalkan jarak liputan lebih baik berbanding frekuensi gelombang milimeter.

    Dalam ujian tersebut, Samsung menggunakan prototaip stesen pangkalan 6G dengan 256 port digital manakala persekitaran ujian luar dibangunkan bersama KT bagi meniru keadaan rangkaian sebenar. Menurut Samsung, pengesahan teknologi ini menjadi asas penting ke arah komersialisasi 6G dan dijangka menyokong permintaan data yang semakin meningkat dalam aplikasi seperti kecerdasan buatan, realiti terimbuh dan perkhidmatan komunikasi generasi seterusnya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured