More

    Samsung bincangkan inovasi paparan 3D dengan siri Odyssey 3D, tidak perlukan cermin mata khas

    Dalam teknologi paparan, trend skrin 3D yang dibina untuk kegunaan dalam rumah tidak pernah mendapat sambutan yang tinggi. Ada yang memandang enteng terhadapnya, ada yang kata ia terlalu awal untuk masa ini. Kini teknologi skrin 3D berpeluang menjadi popular semula dengan inovasi khas daripada Samsung, terutamanya untuk monitor Odyssey 3D.

    Pada Mac 2025, Samsung memperkenalkan siri monitor Odyssey baharu yang terdiri daripada Odyssey 3D (G90XF), Odyssey OLED G8, and Odyssey G9. Apa yang menarik untuk Odyssey 3D G90XF ialah ia merupakan monitor 3D yang tidak memerlukan anda memakai kaca mata khas untuk menikmati imej yang timbul keluar daripada skrin.

    Untuk mencapai efek sedmikian, ia menggunakan teknologi penjejakan mata, pemetaan pandangan (view mapping) dan lensa lenticular. Dalam sebuah temuramah, kakitangan Samsung Enterprise R&D Lab, Donghwa Lim, menjelaskan bahawa mata kita menghasilkan imej tiga dimensi apabila mata kiri dan mata kanan melihat imej yang berlainan sedikit, mewujudkan efek “binocular disparity.”

    Sebelum ini, efek 3D boleh dicapai untuk skrin menggunakan kaca mata 3D atau paparan yang dipakai pada kepala (head-mounted displays, HMD), namun Odyssey 3D tidak memerlukannya. Ia menggunakan dua kamera di bahagian atas untuk menjejak mata pengguna secara berasingan, cipta imej baharu berdasarkan data penjejakan mata, kemudian hantar imej tersebut secara berasingan kepada mata pengguna melalui lensa lenticular.

    Dalam sebuah video pengenalan, kakitangan Samsung Product Innovation Lab, Taekwan Lee, menjelaskan tentang game yang boleh menggunakan efek 3D. Gamers perlu memuat turun aplikasi Reality Hub Windows yang akan menyenaraikan game yang dioptimakan untuk Odyssey 3D.

    Buat masa ini, game yang disokong termasuklah The First Berserker: Khazan dan Overture. Samsung juga sedang berbincang dengan syarikat pembangun game bagi meluaskan pasaran 3D gaming.

    Jika anda berminat dengan monitor ini, Samsung Odyssey 3D G90XF sudah dijual secara rasmi dalam pasaran Malaysia pada harga RM6,999 (potongan RM2,000). Anda boleh layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...