More

    Samsung dan AMD umum kerjasama infrastruktur AI baharu dengan teknologi HBM4

    Samsung Electronics mengumumkan kerjasama strategik baharu dengan Advanced Micro Devices (AMD) bagi memperluaskan pembangunan teknologi memori dan pengkomputeran AI generasi akan datang. Kerjasama tersebut dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di kompleks pembuatan cip Samsung di Pyeongtaek, Korea Selatan.

    Kedua-dua syarikat baka; bekerjasama untuk membangunankan memori berprestasi tinggi bagi infrastruktur AI generasi baharu. Samsung akan menjadi pembekal utama memori HBM4 untuk pemecut AI akan datang daripada AMD iaitu AMD Instinct MI455X. Selain itu, kedua-dua pihak turut menyelaraskan pembangunan memori DRAM generasi baharu bagi menyokong pemproses AMD EPYC Venice yang akan digunakan dalam sistem AI berprestasi tinggi.

    Teknologi HBM4 daripada Samsung dibina menggunakan proses DRAM kelas 10nm generasi keenam bersama cip logik 4nm. Ia menawarkan kelajuan pemprosesan sehingga 13Gbps serta pindahan data maksimum 3.3TB/s yang menjadikannya antara teknologi memori paling pantas dalam industri untuk beban kerja AI dan pusat data.

    Digabungkan dengan GPU AMD Instinct MI455X, teknologi tersebut dijangka memainkan peranan penting dalam sistem latihan dan inferens model AI berskala besar. Selain itu, kerjasama tersebut merangkumi pembangunan memori DDR5 berprestasi tinggi yang dioptimumkan untuk platform pelayan generasi seterusnya seperti AMD Helios.

    Mereka juga akan meneroka potensi kerjasama perkhidmatan foundry yang membolehkan Samsung menghasilkan cip AMD generasi akan datang. Samsung dan AMD sebenarnya telah bekerjasama selama hampir dua dekad dalam teknologi grafik, mudah alih dan pengkomputeran termasuk penggunaan memori HBM3E Samsung dalam pemecut AI terkini AMD seperti AMD Instinct MI350X dan AMD Instinct MI355X.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured