More

    Samsung dedah ciri AI ‘Now Bar’ dalam One UI 7, dikuasakan oleh Personal Data Engine

    Samsung baru-baru ini melancarkan One UI 7, sistem operasi terbaharu yang dilengkapi teknologi Galaxy AI. Fokus utama kali ini adalah untuk memberikan pengalaman mudah alih yang lebih peribadi dan pintar tanpa mengabaikan privasi pengguna.

    Melalui teknologi baru ini, Samsung memperkenalkan Personal Data Engine yang merupakan sistem pelindung data peribadi terus di dalam peranti. Data ini disimpan dalam ruang selamat yang dikawal oleh Knox Vault iaitu teknologi yang sama digunakan untuk menyimpan maklumat sensitif seperti data biometrik.

    Samsung juga menggunakan post-quantum cryptography bagi memastikan data anda selamat daripada ancaman teknologi masa hadapan. Ciri menarik dalam One UI 7 ialah Now Bar yang membolehkan anda mengakses aplikasi dan aktiviti harian terus dari skrin kunci. Anda boleh kawal muzik, semak cuaca, mendapatkan arah perjalanan atau menyusun jadual dengan mudah.

    Bayangkan anda ingin melancong dari Seoul ke San Jose. Galaxy AI akan mencipta folder aplikasi penting untuk anda dengan mengingatkan waktu bertolak ke lapangan terbang dan menyediakan senarai lagu untuk perjalanan anda. Sepanjang perjalanan, telefon ini akan merakam momen indah dan memberi sorotan kenangan setiap hari.

    Dengan Galaxy AI, telefon anda bukan sekadar peranti tetapi rakan pintar yang membantu memudahkan hidup anda setiap hari. Ini adalah langkah baharu Samsung dalam dunia teknologi mudah alih. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured