More

    Samsung dikeluarkan daripada senarai sokongan rangkaian 5G di Malaysia

    Digital Nasional Berhad (DNB) telah membuang jenama telefon pintar Samsung daripada peranti yang menyokong rangkaian 5G buat masa ini tetapi menjadi sebagai peranti yang bakal menyokong rangkaian 5G pada penggal pertama 2022.

    Sebelum ini, mereka menyenaraikan siri Galaxy S21 sebagai peranti yang disokong dengan rangkaian 5G di Malaysia. Namun, pihak DNB dilihat telah mengemaskini halaman dan membuang semua peranti Samsung daripada senarai peranti yang disokong.

    Senarai jenama peranti 5G yang disokong oleh DNB pada waktu artikel ditulis
    Sokongan 5G dalam peranti Samsung hanya akan disokong dalam masa terdekat, sekitar suku pertama 2022

    Siri Galaxy S21 telah dimasukkan dalam senarai “peranti sokongan 5G akan datang” bersama peranti Samsung lain yang masih belum diluluskan oleh DNB termasuk Samsung Galaxy A22 5G, Galaxy A32 5G, Galaxy A42 5G, Galaxy A52 5G, Galaxy A52s 5G, Galaxy Flip 3, Galaxy Fold 3, Galaxy M52 5G, Galaxy Note 20 Ultra 5G, Galaxy S20 FE 5G dan Galaxy S20 Ultra 5G.

    DNB juga dilihat mengemaskini kelajuan purata rangkaian 5G mereka kepada 583.27Mbps sedikit menurun berbanding minggu lepas yang mencapai 624Mbps. Kami akan cuba mengenal pasti penyebab peranti Samsung dikeluarkan daripada senarai dan penurunan kelajuan rangkaian.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured