More

    Samsung dilapor bakal memberhentikan pekerja sehingga 30% secara global

    Samsung Electronics dilaporkan merancang untuk mengurangkan tenaga kerja luar negaranya di beberapa bahagian sehingga 30%. Samsung telah mengarahkan anak syarikat globalnya untuk mengurangkan kakitangan jualan dan pemasaran sekitar 15% serta kakitangan pentadbiran sehingga 30%.

    Pengurangan pekerja yang dijangka dilaksanakan menjelang akhir tahun akan memberi kesan kepada pekerja di seluruh Amerika, Eropah, Asia dan Afrika. Walau bagaimanapun, bilangan sebenar pekerja yang akan diberhentikan, negara dan jabatan yang paling terjejas masih belum diumumkan.

    Samsung menjelaskan bahawa pelarasan tenaga kerja ini adalah rutin dan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, tanpa sasaran khusus serta tiada kesan kepada kakitangan pengeluaran. Sehingga penghujung 2023, Samsung mempunyai 267,800 pekerja dengan lebih separuh atau 147,000 pekerja berpangkalan di luar negara.

    Di India, Samsung telah memberhentikan sehingga 1,000 pekerja manakala di China, kira-kira 30% pekerja akan turut terjejas. Isu pemberhentian pekerja datang selepas Samsung bergelut dengan tekanan yang meningkat pada produk utamanya. Perniagaan cipnya lebih perlahan berbanding pesaing yang mendorong keuntungannya ke paras terendah sejak 15 tahun tahun lalu.

    Pemberhentian pekerja dilihat sebagai strategi bagi menghadapi kelembapan permintaan global untuk produk teknologi dan untuk mengukuhkan keuntungannya dengan mengurangkan kos. Walaupun Malaysia tidak disahkan, ia adalah sebahagian daripada rantau Asia.

    Penurunan jualan dan persaingan pasaran yang semakin sengit di India di mana bahagian pasaran Samsung telah mencecah paras terendah dalam sedekad mendorong syarikat itu dilaporkan bersiap sedia untuk pemberhentian.

    Selain itu, awal tahun ini, pekerja di Samsung Electronics memulakan mogok tiga hari menuntut gaji yang lebih baik dan memberi amaran tindakan tambahan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...