More

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu yang dikeluarkan VESA ini memerlukan paparan menghasilkan tahap hitam serendah 0.0005 nits atau kurang serta kecerahan puncak 1,400 nits pada 10% On Pixel Ratio (OPR).

    Ia meningkatkan kecerahan 40% berbanding piawaian True Black 1000 sebelum ini. Panel tandem OLED baharu keluaran Samsung Display berkeupayaan mencapai kecerahan puncak sehingga 1,600 nits pada peringkat panel. Angka ini adalah 40% lebih tinggi berbanding kecerahan puncak 1,100 nits pada panel OLED struktur tunggal (single-stack OLED) konvensional.

    Struktur tandem OLED berfungsi dengan menimbunkan dua lapisan pemancar organik bagi meningkatkan kecekapan pancaran cahaya. Penggunaan dua lapisan ini membolehkan panel menghasilkan kecerahan lebih tinggi menggunakan arus yang sama dan menawarkan jangka hayat beroperasi dua kali ganda lebih lama berbanding panel OLED struktur tunggal dalam keadaan penggunaan biasa.

    Model laptop Lenovo Yoga Pro 9i Aura Edition (16″, 11) disahkan menjadi peranti pertama menggunakan panel ini yang memperoleh pensijilan True Black 1400 pada 8 Julai. Rakan kerjasama lain seperti ASUS, Dell Technologies dan MSI dijangka memperkenalkan peranti yang menyokong pensijilan ini bermula separuh kedua tahun ini hingga tahun hadapan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured