More

    Samsung Electronics bangunkan DRAM DDR5 dengan proses 12nm pertama

    Samsung Electronics hari ini mengumumkan pembangunan DRAM DDR5 16 gigabit (Gb) yang dibina menggunakan teknologi proses 12 nanometer (nm) pertama dalam industri serta penyempurnaan penilaian produk untuk keserasian dengan AMD.

    Jooyoung Lee, Naib Presiden Eksekutif Produk & Teknologi DRAM di Samsung Electronics berkata bahawa dengan prestasi dan kecekapan kuasa yang luar biasa, beliau menjangkakan DRAM baharu akan berfungsi sebagai asas untuk operasi yang lebih mampan dalam bidang seperti pengkomputeran generasi akan datang, pusat data dan sistem dipacu AI.

    DDR5 DRAM baharu juga diumumkan serasi dengan produk AMD dan ia telah dioptimumkan serta disahkan pada platform Zen. DRAM baharu adalah berdasarkan litografi EUV (Ultraviolet ekstrem) membolehkan ketumpatan proses lebih tinggi dan produktiviti 20% lebih baik. Terdapat juga pengurangan kuasa 23% untuk mesra alam yang lebih baik.

    Dengan memanfaatkan standard DDR5 terkini, DRAM proses 12nm Samsung mecatatkan kelajuan sehingga 7.2 gigabit sesaat (Gbps). Dengan pengeluaran besar-besaran yang akan dimulakan pada 2023, Samsung merancang untuk meluaskan barisan DRAMnya yang dibina dengan proses 12nm termaju ini ke dalam pelbagai segmen pasaran.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    F1 kembali ke Malaysia! Sepang dipilih ganti perlumbaan Bahrain yang dibatalkan

    Litar Antarabangsa Sepang disahkan bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 pada 4 Oktober ini bagi menggantikan perlumbaan Grand Prix Bahrain yang...

    WhatsApp Web kini lengkap dengan panggilan suara, video dan “call transfer”

    WhatsApp secara rasmi memperkenalkan sokongan panggilan suara dan video terus pada perkhidmatan WhatsApp Web. Pengguna kini boleh membuat serta menerima panggilan secara...

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori "Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured