More

    Samsung FreeStyle: Projektor, pembesar suara dan lampu cahaya ambien dalam bentuk mudah alih

    Jika anda ingin menonton video semasa anda keluar, kemungkinan besar anda akan menggunakan telefon atau komputer riba anda. Tetapi bagaimana jika anda mahu menikmatinya pada skrin yang lebih besar? Dalam hal ini, anda memerlukan sesuatu seperti projektor dan Samsung telah menghasilkan peranti yang dipanggil FreeStyle yang telah diperkenalkan di CES 2022.

    Menurut Samsung, FreeStyle ialah peranti skrin mudah alih dan peranti hiburan dalam satu pakej. Ia boleh menayangkan skrin bersaiz sehingga 100 inci dan mempunyai audio yang baik dengan bass yang cukup dalam (terdapat radiator dwi pasifnya). Anda boleh menonton filem dan game mudah alih di mana-mana sahaja yang anda suka dengan skrin besar.

    FreeStyle serasi dengan sambungan peranti daripada Android dan iOS membolehkan anda menstrim fail atau aplikasi daripada telefon anda contohnya seperti Netflix. Ia juga mempunyai perkhidmatan penstriman terbina dalam. Daripada segi ciri, projektor ini mempunyai ciri auto keystone dan auto laras.

    Jadi, ia boleh melaraskan skrinnya secara automatik ke mana-mana permukaan. Selain itu, ia menyokong bateri luaran dengan output USB-PD dan penegcasan 50W/20V atau lebih. Yang menariknya, anda boleh menggunakannya ketika melakukan aktiviti luar. Tambahan, anda juga boleh menggunakannya sebagai sumber cahaya ambien atau pemain muzik.

    Samsung akan melancarkan FreeStyle di AS terlebih dahulu, tetapi kami berharap ia akan tersedia di Malaysia nanti. Adakah anda akan membelinya jika ia dipasarkan di sini? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured