More

    Samsung Galaxy A03 diumum, dilengkapi skrin 6.5 inci, dwi-kamera dan bateri 5,000mAh

    Samsung telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru iaitu Samsung Galaxy A03 yang merupakan pengganti kepada Galaxy A02 yang dilancar pada Januari 2021.

    Telefon ini dilengkapi spesifikasi asas yang diperlukan dalam telefon kelas permulaan, seperti skrin Infinity-V HD+ berukuran 6.5 inci, bateri besar 5,000mAh, kamera utama 48MP + sensor kedalaman 2MP, kamera swafoto 5MP dan RAM 3GB atau 4GB serta storan dalaman 32GB, 64GB atau 128GB.

    Selain itu, Samsung turut mengatakan telefon ini menyokong teknologi audio Dolby Atmos, cipset lapan teras dan mempunyai ukuran 164.2 x 75.9 x 9.1 mm. Ia akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan merah.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Pada September lalu, Samsung Galaxy A03s telah pun dilancar untuk pasaran Malaysia pada harga RM559 sahaja.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A03 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured