More

    Samsung Galaxy A04s mungkin miliki cipset Exynos 850, RAM 3GB, skrin LCD 6.5″ dan bateri 5,000mAh

    Samsung Galaxy A03s yang dilancarkan pada tahun lepas membawa pengganti dengan peranti yang dijangka dengan nama Samsung Galaxy A04s (SM-A047F). Peranti tersebut muncul di Geekbench dengan 152 mata teras tunggal dan 585 mata prestasi berbilang teras.

    Geekbench mendedahkan peranti itu dikuasakan oleh cipset Exynos 850 yang digunakan pada telefon Samsung bajet lain seperti Galaxy A13 dan Galaxy M13. Peranti ini membawakan RAM 3GB dan mungkin One UI 4 berdasarkan Android 12. 

    Khabar angin mendakwa Galaxy A04s mempamerkan pulau kamera yang direka bentuk semula di bahagian belakang dan takuk (notch) berbentuk V di bahagian hadapan. Berdasarkan spekulasi, Galaxy A04s sepatutnya membawakan panel LCD HD+ 6.5 inci dengan kadar penyegaran semula 60 Hz dan bateri 5,000mAh.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured