More

    Samsung Galaxy A05 dan A05s dilancar di Malaysia: Skrin LCD 6.7″, kamera 50MP dan bateri 5,000mAh

    Hari ini, Samsung melancarkan Samsung Galaxy A05 dan A05s di Malaysia tanpa pengumuman harga lagi. Kedua dua peranti menampilkan skrin LCD 6.7 inci dengan resolusi HD+ pada A05 dan resolusi FHD+ pada A05s.

    Telefon pintar A05 menggunakan cipset Helio G85 manakala AO5s dilengkapi oleh cipset Snapdragon 680. kedua-duanya disokong oleh RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Galaxy A05 memaparkan kamera utama 50MP + kedalaman 2MP dan kamera swafoto 8MP manakala Galaxy A05s menampilkan kamera utama 50MP +kedalaman 2MP + makro 2MP dan kamera swafoto 13MP.

    Selain itu, telefon ini mempunyai hayat bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan berwayar 25W. Bagi pengguna, anda akan dapati terdapat pengimbas cap jari di bahagian sisi telefon, bicu audio 3.5mm dan menggunakan sistem operasi OneUI Core berdasarakan Android 13.

    Adakah anda berminat dengan Galaxy A05 dan A05s? Ia menawarkan pilhan warna hijau muda, hitam dan perak. Dapatkan telefon ini di kedai rasmi Samsung atau peruncit sah berdekatan anda. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured