More

    Samsung Galaxy A07 5G rasmi dengan skrin 120Hz, bateri 6,000mAh dan sokongan perisian 6 tahun bermula ~RM554

    Samsung telah melancarkan model terbaharu dalam siri-A iaitu Galaxy A07 5G yang kini sudah mula dijual secara rasmi di pasaran Filipina. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 6300 (6nm) dan hadir dengan pilihan RAM 4GB serta storan sehingga 128GB yang boleh ditambah menggunakan slot kad microSD.

    Galaxy A07 5G menggunakan skrin LCD bersaiz 6.7 inci dengan resolusi HD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan tahap kecerahan sehingga 800 nits. Antara ciri utama yang menjadi tarikan pada Galaxy A07 5G adalah kapasiti baterinya yang besar iaitu 6,000mAh, jauh meningkat berbanding model sebelumnya.

    Samsung menyertakan sistem dwi-kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera swafoto 8MP diletakkan pada bahagian hadapan. Peranti ini menjalankan sistem operasi One UI 8.0 dan Samsung memberikan jaminan kemas kini sistem operasi Android serta tampalan keselamatan sehingga enam tahun.

    Galaxy A07 5G turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi tambahan termasuk pengimbas cap jari di bahagian sisi, bicu fon telinga 3.5mm, sambungan Bluetooth 5.3, rangkaian 5G serta penarafan IP54 untuk perlindungan daripada habuk dan percikan air.

    Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan Light Violet dengan harga jualan bermula daripada PHP 8,290 (~RM554) bagi varian 64GB dan PHP 9,990 (~RM667) bagi varian 128GB.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured