More

    Samsung Galaxy A15, A15 5G dan A25 5G dilancar: Skrin AMOLED 90Hz, tri-kamera 50MP, bateri 5,000mAh bermula ~RM970

    Samsung telah melancarkan tiga model telefon pintar mampu milik baharu dalam siri Galaxy A di Vietnam iaitu Samsung Galaxy A15, Samsung Galaxy A15 5G dan Samsung Galaxy A25 5G. Model Galaxy A25 menampilkan spesifikasi yang lebih canggih sedikit berbanding Galaxy A15, namun bezanya tidak jauh.

    Ketiga-tiga telefon dilengkapi skrin Super AMOLED berukuran 6.5 inci dengan resolusi Full HD+ dan takuk Infinity-U di bahagian atas skrin untuk menempatkan kamera swafoto 13MP. Perbezaan di antara Galaxy A15 dan Galaxy A25 adalah pada kadar segar semula iaitu 90Hz (Galaxy A15) dan 120Hz (Galaxy A25), serta kecerahan 800 nits (Galaxy A15) dan 1,000 nits (Galaxy A25).

    Rekaannya sama seperti Galaxy A14 dan Galaxy A24 sebelum ini, namun satu ciri baharu untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 adalah Key Island, di mana butang kuasa dan butang volume diletakkan atas timbulan kecil di bahagian kanan telefon. Pilihan warna yang ditawarkan termasuklah kuning, biru muda, biru pekat dan hitam.

    Pilihan warna Galaxy A15 dan Galaxy A25
    Reka bentuk Key Island di bahagian kanan
    Skrin AMOLED dengan takuk Infinity-U pada Galaxy A15 dan Galaxy A25

    Untuk spesifikasi dalaman, Galaxy A15 dilengkapi cipset MediaTek Helio G99, Galaxy A15 5G dengan MediaTek Dimensity 6100+ dan Galaxy A25 pula dengan Exynos 1280. Pilihan RAM terdiri daripada 6GB atau 8GB, manakala storan pula adalah 128GB atau 256GB. Ketiga-tiga telefon mempunyai ruang kad microSD untuk membesarkan storan.

    Bateri untuk ketiga-tiga telefon juga agak besar, dengan kapasiti 5,000mAh dan ia menyokong kadar pengecasan pantas 25W.

    Semua telefon ini dilengkapi sistem operasi Android 14 dengan antara muka One UI 6.0, namun setakat ini tiada maklumat tentang berapa lamakah ia akan menerima kemas kini pada masa hadapan.

    Daripada segi kamera pula, siri Galaxy A15 mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 5MP dan kamera makro 2MP, manakala Galaxy A25 pula mempunyai spesifikasi kamera yang sama kecuali pada kamera ultra-lebar 8MP.

    Spesifikasi kamera Galaxy A25

    Berikut adalah harga semua telefon ini untuk pasaran Vietnam:

    "
    "
    • Samsung Galaxy A15: VND 4,990,000 (~RM970)
    • Samsung Galaxy A15 5G: VND 6,290,000 (~RM1,220)
    • Samsung Galaxy A25 5G: VND 6,590,000 (~RM1,280)

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Vietnam

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...